Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan jolokan "Negeri di Mana Alam Semulajadi Memayungi Warisan" ini sememangnya merupakan lokasi yang amat menarik untuk dikunjungi. Dari hujung desa hinggalah ke kota besar,negeri ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jadi,apa yang ditunggu lagi..Jom KENALI TERENGGANU.

Share It

Share |

Tuesday, June 29, 2010

Pulau Redang

Pasir yang putih bak mutiara,air laut yang biru jernih dan dunia dasar laut yang mengasyikkan.Ye,itulah definasi tepat untuk Pulau Redang,antara pulau yang tersohor di Negeri Terengganu Darul Iman ini.

Pulau Redang terletak 45km dari Bandar Terengganu. Gugusan Pulau Redang terdiri daripada 9 buah pulau iaitu: 
  • Pulau Lima 
  • Pulau Paku Besar  
  • Pulau Paku Kecil  
  • Pulau Kerengga Besar  
  • Pulau Kerengga Kecil  
  • Pulau Ekor Tebu  Ling Island 
  • Pulau Pinang  
  • Pulau Redang  


    Pulau Redang  yang dianggarkan 7km panjang dan 6km lebar ini merupakan pulau yang terbesar dalam gagasan Taman Laut.
    Apa yang menarik tentang Pulau Redang???
    • 500 spesies terumbu karang
    • <1000 spesies hidupan tidak bertulang belakang...
    • sekurang-kurangnya 3000 spesis ikan 

    • Taman Laut Pulau Redang diuruskan Jabatan Taman Laut Malaysia untuk memberikan perlindungan dan pengurusan khusus bagi kawasan marin. Matlamat utama adalah untuk melindungi, memulihara dan menguruskan persekitaran marin secara berterusan. Selain itu, menggalakkan orang awam memahami, menghargai dan menikmati warisan marin semula jadi Malaysia.

    • Antara keistimewaan Pulau Redang ialah pada waktu tengahari, apabila sinaran matahari terik menembusi air laut, menampakkan terumbu karang dan ikan berwarna-warni.

    • Perairan Pulau Redang menyimpan dua bangkai kapal karam iaitu Kapal H M S Prince of Wales dan H M S Repulse yang karam ketika Perang Dunia Kedua.

    • Pulau indah ini sesuai untuk aktiviti snokeling, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu. Oleh kerana diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2 km dari pulau.

    • Pelawat juga dilarang mengumpul batu karang atau hidupan laut lain.

    • Hutan bakau juga menjadi sebahagian tarikan utama di Pulau Redang.
    PROMOSI TEMPAT-TEMPAT PENGINAPAN DI PULAU REDANG BAGI TAHUN 2010
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    0 kata-kata pelancong:

    Post a Comment