Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan jolokan "Negeri di Mana Alam Semulajadi Memayungi Warisan" ini sememangnya merupakan lokasi yang amat menarik untuk dikunjungi. Dari hujung desa hinggalah ke kota besar,negeri ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jadi,apa yang ditunggu lagi..Jom KENALI TERENGGANU.

Share It

Share |

Dialek

 
Sekarang mari kita belajar dialek Terengganu pula.Kita belajar ni bukan sebab rakyat Terengganu tidak memahami percakapan luar...Eishhh...tak tak tak...Kita belajar ni bagi lebih kepada mengenali budaya Terengganu.Kalau "Bahasa Jiwa Bangsa", "Dialek/Loghat pula jiwa penduduk sesuatu tempat"..ke guane?

Dialek yang di bawah ni selalunya digunapakai oleh penduduk-penduduk di daerah-daerah Terengganu selain dari daerah Besut. Besut,walaupun berada di dalam Negeri Terengganu,penduduknya lebih suka menggunakan loghat/ dialek Kelantan. Maka,jelaslah ketara perbezaan antara percakapan penduduk Besut dengan penduduk di daerah lain.

Pengetahuan Asas:

Dalam dialek Terengganu,harus diingat, perkataan yang mempunyai akhiran huruf 'n' atau 'm' akan disebut dengan bunyi perkataan yang berakhir dengan huruf 'ng'.

Contoh : Makan = Makang
             Iman = Imang
             Baham = Bahang
             Durian = Duriang